About

Thursday, November 10, 2011

kedudukan dalam band





Shafiq NFaizzi | 04:08 | 0 Comments




Hujan

kali ni aku nak cerita pasal kedudukan ahli didalam sesebuah music band.sudah sedia 
maklum, setiap band wajib ada vokalis, rhythm gitaris, lead gitaris, bass gitaris dan 
jugak drummer. setiap kedudukan mempunyai keunikkannya yang tersendiri. apa lagi, jom kita 
usha2 sikit la.

1. vokalis
ok, setiap band music, mestilah wajib ada vokalis ni. tapi ada jugak la segelintir kecil 
band tu yang tak ada vokalis ni macam band instrumental seperti mogwai yang hanya 
mempertaruhkan music yang menggunakan instrument gitar, bass dan drum semata-mata. 
biasanya, antara anggota-anggota band, vokalis la yang paling femes sekali. tau sebab apa, 
sebab dia la yang menyanyikan lagu untuk sesebuah band tu dan paling kerap dapat camera 
shot bila tengah buat persembahan.bila ada je temuramah, mesti dye la yang tukang jawab 
kepada pihak media. boleh dianggap sebagai ketua band music berkenaan(ada jugak bukan 
vokalis jadi ketua band ni, contohnya macam meet uncle hussein tuh, Taja tak silap 
aku).kalau ada je muka dia ni, secara automatiknya orang akan terbayang band tersebut. 
contohnya macam Noh salleh, secara automatik akan terbayang band Hujan (band feveret kowt).

2. rhythm gitaris
Ni dia,orang yang penting dalam sesebuah band.sebab apa aku kata dia ni penting dalam 
sesebuah band? setiap lagu mesti ada tempo dia kan, jadi maknanya nak mengekalkan tempo 
dalam sesetiap lagu tu rhythm mesti "control" tempo tu untuk me-maintain-kan keharmonian 
lagu tuh. tempo ni dihasilkan oleh drummer, jadi rhythm gitaris kena la bekerjasama untuk 
menjadikan lagu tu in-range punya tempo.rhythm jugak boleh dimainkan oleh vokalis jugak, 
jika dilihat banyak band-band yang vokalisnya jugak strumming guitar semasa tengah 
menyanyikan lagu seperti sam bunkface tu atau Noh hujan(bagi aku agak susah untuk 
"melalak" sambing strumming gitar..mula2 aku ingatkan senang..haha).

3. lead gitaris
here come the star!!yeah!!shred the guitar till dawn!!...haaa!! korang tau, dalam anggota 
band, lead gitaris la yang paling mantop sebenarnya. apa tak nya, goreng gitar sampai nak 
tercabut jari.Aku suka kalau jadi yang ni.mantopppp!!.apa yang speselnya tentang lead 
gitar ni ialah tentang ke"otai"an dia dalam men"solo"kan lagu-lagu tertentu atau omputeh 
sebut "shredding".tak paham lagi, k senang cerita menggoreng.ape??gitar boleh 
goreng??!!.haaa!!bukan goreng macam goreng pisang tu, tapi "goreng" gitar tu, alaa, yang 
laju-laju tu la..haha. tapi dia bukan la menggoreng gitar tu sembarangan atau tak kena 
tempat. dia mestila menggoreng gitar ni mengikut "key" lagu tu atau tempo lagu berkenaan. 
lead gitaris ni mestila mendalami ilmu "kebatinan" untuk berurusan dengan gitarnya
(ceewahh..main batin bagai..haha).kalau tak belajar, takde gunanya gitar dia beli mahal-
mahal tu.baik bagi kat aku je..kui3.tapi ape pun, lead ni la yang menghidupkan sesebuah 
lagu itu dengan bingit gorengan gitarnya,tak syak lagi.

4. bass gitaris(bassist)
Aku nak cakap, antara anggota-anggota dalam sesebuah band, antara yang paling misteri 
ialah pemain bass ni. jarang orang kenal bassist ni, kalau tukar bassist pun peminat tak 
tahu.tapi!!mestia ada tapinya..haa!!tanpa bunyi bass, maka sesebuah lagu itu macam 
kosong.cube korang dengar sebuah lagu yang ade bunyi bass dan lagu yang takde bunyi bass 
langsung, lepas tu korang banding la dua-dua lagu tu, dan aku yakin mesti korang nak 
dengar lagu yang ada bass tu.bagi aku kalau sesebuah lagu tu takde bunyi bass, lagu tu 
kosong, mati dan takde feel.sebab tu pentingnya bassist ni untuk setiap band tu. tanpa 
bass, pincang la lagu.

5. drummer
haaa!!ni yang last.drummer.................nak tau apa ranking ke-femes-an drummer dalam 
sesebuah band.
1.vokalis
2.lead gitaris
3.rhythm gitaris
4.DRUMMER
5.bassist

bagi aku drummer ni ada la tunjang kepada mana-mana band pun. kan aku cakap tadi yang 
drummer ni "pembuat" tempo untuk sesebuah lagu.jadi, apa yang nak di"highlight" kat sini, 
drummer ada lah asset terpenting mana-mana band.ingat senang ke nak cari drummer yang 
betul-betul terer main drum sampai tahap gaban.kena ada bakat wooo.

jadi ini la fungsi-fungsi setiap anggota band.


By Shafiq NFaizzi
A Short Description about youself







Stay Connected With Us
Feed Icon Twitter Icon Facebook Icon Google+ Icon Youtube Icon


Share and Spread Share On Facebook +1 This Post Digg This Post Stumble This Post Tweet This Post Tweet This Post Tweet This Post Save Tis Post To Delicious Share On Reddit Bookmark On Technorati


Related Articles

JOIN THE DISCUSSION

Any feedback, questions or ideas are always welcome. In case you are posting Code ,then first escape it using Postify and then paste it in the comments

0 Kata2: