About

Wednesday, November 2, 2011

kalau asyik kene komen pedas je..ni la carenye!.





Shafiq NFaizzi | 02:19 | 0 Comments




"ko ni cam hampeh la, cam bangang je ko ni!!"

apa yang korng buat jika dikritik cam tu gaya??sakit hati bukan..

Jika korng dikritik mcm ni, apa yang sepatutnya dibuat supaya korng kekal bermotivasi?

kat sini ada 3 langkah macm mana nak beri respon yg positif klau2 kne kritik pdas cmtu.

01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.

Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat korng bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.

Lupakan kata-kata yang mengkritik korng, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara korng mempelajari sesuatu.

Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar korng membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat korng tidak bermotivasi.

02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.

Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati korng membara, panas sebab dikritik dan telinga korng pedas mendengar suara si pengkritik.

Turunkan ego korng. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.

Untuk korng kekal bermotivasi, korng juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu korng bahawa tindakan korng salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'.

Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya korng mempunyai peluang.

03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.

Sehebat manapun korng, elak untuk merasa riak atau merasa diri korng lebih bagus dari orang lain.

Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.

Bentuk diri korng agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!

Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya korng berpuas hati dengan apa yang korng berjaya capai.

Dengan itu, korng akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika korng mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, korng hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.

Lantas korng tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.

Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!

Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat.



By Shafiq NFaizzi
A Short Description about youself







Stay Connected With Us
Feed Icon Twitter Icon Facebook Icon Google+ Icon Youtube Icon


Share and Spread Share On Facebook +1 This Post Digg This Post Stumble This Post Tweet This Post Tweet This Post Tweet This Post Save Tis Post To Delicious Share On Reddit Bookmark On Technorati


Related Articles

JOIN THE DISCUSSION

Any feedback, questions or ideas are always welcome. In case you are posting Code ,then first escape it using Postify and then paste it in the comments

0 Kata2: